Tuesday, 20 October 2015

sesal

hai


Satu je perkataan yang aku boleh simpulkan selepas buat lab test tadi adalah menyesal hahaha. Nak kata soalan tu susah, takdelah sangat cuma aku menyesal sebab tak study elok2, nota pun nak tak nak je aku buat. Bila dalam kelas takyah cakap lah. aku rase aku lagi banyak berangan daripada fokus apa yang di ajar. Tapi semua tu dah berlalu kan. Ape yang perlu dibuat hanyalah pasrah, berserah dah redha sahaja. Kalau nak menangis air mata darah sekalipun ianya takkan dapat mengubah result kau tu. Nak mengharapkan belas ikhsan daripada lecture, mati hidup balik pun takkan dapat lah. Kalau dapat tu alamatnya dah kiamat lah. hahaha. 


Jadi apa pengajaran yang aku dapat hari ni ialah fokus dalam kelas. Walau lect kau tu teruk macam mane sekalipun yang penting ape yang disampaikan tu adalah ilmu yang mungkin kau rase tak berguna pada saat itu tapi percayalah satu hari nanti ilmu tu akan berguna. Pada masa tulah kau akan menyesal dan mungkin akan menangis seperti budak kecil. Harap sama-sama kita ambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.