hai
1996-2015. Sudah sembilan belas tahun aku hidup kat dunia ni. Aku mengaku aku ade beban yg perlu aku pikul. Beban sebagai seorang anak. Beban sebagai seorang pelajar. Dan banyak lagilah beban- beban aku yang lain. tapi yang itu korg takyah tahu.
Aku mulakan beban sebagai seorang pelajar. Memang tak dinafikan ramai yang cakap zaman belajar lagi seronok daripada zaman bekerja. Aku pun pernah kerja sambilan so aku tahulah sbb kerja yang aku buat tu pun dah cukup menderita untuk aku.
Ok. Beban yang perlu ditanggung oleh seorang pelajar adalah bebanan dari segi yuran pengajian di peringkat universiti lah ceritanya ni. Semua pelajar mesti akan rasa terbeban dengan yuran pengajian melainkan family korg kaya gila nak mampos. Bagi yang dapat biasiswa tu, Alhamdulillah lah. Tapi yang tak dapat tu terpaksalah buat pinjaman PTPTN. Mula-mula dapat duit tu rase macam jadi orang kaya tapi jangan lupa nanti kena bayar balik dah nama pun pinjaman kan. Mase tulah baru korg tahu erti hidup yang sebenar. Kena cari kerjalah, buat bisnes onlinelah yang penting ade income nak bayar balik duit tu takkan masih nak mengharapkan duit daripada parents. Tambah lagi satu beban korg nak selesaikan hutang tu.
Hmm tu baru beban dari segi yuran. Ade lagi beban dari segi assignments. Yang itu kau kena ambil berat sebab selagi namanya pelajar jangan mimpilah kau dapat rehat dengan tenang. Mungkin boleh diibaratkan seperti air sungai yang terus mengalir walau kau buat benteng sekalipun ianya akan tetap melimpah itulah dia assignments apabila sekali kau tangguh ia akan terus bertambah dan mase tulah kau akan menyesal sebab tak gunakan masa dengan baik.
Cukuplah beban sebagai seorang pelajar. Ade mase nanti aku update beban sebagai seorang anak plak. Bye.