Hari ni aku nak cerita sikit pasal mentor. Mesti korg fikir mentor yang dekat tv tu kan. Memang taklaaa. Buang masa je nak cerita pasal bende tu. So bende yang aku nak cerita ni ialah program mentor mentee. Tipulah kalau korg tak tahu program tu.
Ok, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah hinggalah ke universiti, program mentor mentee ni tak pernah leyap dari hidup aku. Nasib baik masa tadika takde. Kadang-kadang aku terfikir jgak ape function bende ni. Lagi2 masa sekolah rendah. Yela time tu pergi sekolah balik sekolah, pergi sekolah balik sekolah itu jelah rutin setiap hari. Nak pergi jumpa cikgu pun malas inikan plak nak pergi jumpa mentor kan. Silap2 mentor pun tak kenal. Bila masuk sekolah menengah, program tu wujud lagi haish bukannye nak menyampah atau benci tapi masa tu mmg tak nampak ape faedah dia. Bila ade arahan suruh jumpa mentor, time tu jela aku jumpa, bila takde arahan, takdelaa aku nak jumpa. Bak kata orang bagai lembu dicucuk hidung. Tak kesahlaa, ni hidup aku so sukehati akulaa kan. Bila masuk universiti, program ni pun ade lagi. Tapi aku taknak dah merungut. Aku nak cuba positifkan minda aku yang program ni banyak faedah dia. Salah satunya boleh mengadu masalah kepada mentor khususnya dalam bidang akademik. *pehh skema*. Mentor aku plak macam sempoi je, ajar akaun plak tu hmm lagilah kena rapat mana lah tahu dapat markah lebih kan hahaha harap2 begitulah hendaknya ok bye!!