Friday, 30 October 2015

Makanan


Hai semua! Rasanya kan, entri kalini ni tersangatlah senang, type sambil tutup mata pon boleh. Bukan takat tutup mata, sambil tido pon boleh hahaha. Fuhfuh jari jemari ni tak sabar menaip nampaknya sampai tak tahu nak cite dari mana. 

Hm kalau nak diikutkan kalau cite pasal makanan ni, smpai bebila tak hbis nak cite. Jadi rasanya aku nak specific-kan la pasal makanan ni. Memandangkan kita ni org msia, mestilah nak cite pasal makanan kat msia takkan nak cite pasal makanan kat India pulak hahahahahaha! Okay rasanya semua tahu kan kalau takde makanan, semorang dan haiwan dan tumbuhan tak hidup kot! Makanan ni ialah sumber utama kita, kalau takde makanan cane nak membesar? Cane nak ade zat? Cane nak ade energy? Kalau takde energy cane nak blaja? Kalau tak blaja cane nak pandai? Kalau tak pandai cane nak berjaya? Kalau tak berjaya cane nak ade kerja? Dah kalau takde energy tu mana nak larat buat keje, so nmpk tak mcm satu cycle kat situ mcm sampai kesudah takde kesudahan hahaha.

Eh mcm terbanyak pulak aku bebel utk muqaddimah. Okay, kalau tak bgtau pon dah tahu kot kat msia ni kaya kot dgn makanan. Makanan ruji rakyat msia ialah nasi. Kedai makan jgn cakap la bersepah kotttt kat memana ade tapi kalau kau dah dalam hutan memang takde ah kedai makan. Kalau ade tu dah lain mcm tu aku rasa. Cakap je nak ape sume ade kat msia ni. Nasi lemak nasi ayam nasi lemak berempah roti canai ikan keli daging panggang segala jenis kuih air kelapa fresh suruh monyet amikan peh sedap gila ah weh semua ade takkan aku nak list semua kat sni hahaha memang tak ahhh. Tapi! Sesedap mana makanan kat kedai, sedap lagi makanan drpd air tangan aku. Eh silap pulak, air tangan mak sendiri lah yg sedap. Halal tu dah dijamin ah, bersih jgn cite ah takkan mak nak kasi makan bende yg tak bersih pulak hehe. Pastu mak lak buat dgn penuh kasih sayang en, memang umph!

Jadi kita yg kat msia ni sepatutnya kena dan patut  (!!!) bersyukur, sbb kalau nak dibandingkan dgn org somalia ke rohingya atau pun org yg tak cukup duit tu ha smpai kena catu makanan kan. Separuh org tu agaknya dah lupa daratan sampai makanan local pon tak pandang, kononnya tak main ah makan sambal ikan bilis bersama petai (nyum nyum) ape kampung sangat ke makan makanan kampung? Tak standard ah kononnya? Ceh! Eh tetibe nak emosi lak hari ni hehehe maaf maaf.                        

Okaylah rasanya setakat ni je entri kalini. Tunggu next post hokkkayyy! Jangan lupa carrot sgt baik utk mata hahahaha bye