Friday, 30 October 2015

Makanan


Hai semua! Rasanya kan, entri kalini ni tersangatlah senang, type sambil tutup mata pon boleh. Bukan takat tutup mata, sambil tido pon boleh hahaha. Fuhfuh jari jemari ni tak sabar menaip nampaknya sampai tak tahu nak cite dari mana. 

Hm kalau nak diikutkan kalau cite pasal makanan ni, smpai bebila tak hbis nak cite. Jadi rasanya aku nak specific-kan la pasal makanan ni. Memandangkan kita ni org msia, mestilah nak cite pasal makanan kat msia takkan nak cite pasal makanan kat India pulak hahahahahaha! Okay rasanya semua tahu kan kalau takde makanan, semorang dan haiwan dan tumbuhan tak hidup kot! Makanan ni ialah sumber utama kita, kalau takde makanan cane nak membesar? Cane nak ade zat? Cane nak ade energy? Kalau takde energy cane nak blaja? Kalau tak blaja cane nak pandai? Kalau tak pandai cane nak berjaya? Kalau tak berjaya cane nak ade kerja? Dah kalau takde energy tu mana nak larat buat keje, so nmpk tak mcm satu cycle kat situ mcm sampai kesudah takde kesudahan hahaha.

Eh mcm terbanyak pulak aku bebel utk muqaddimah. Okay, kalau tak bgtau pon dah tahu kot kat msia ni kaya kot dgn makanan. Makanan ruji rakyat msia ialah nasi. Kedai makan jgn cakap la bersepah kotttt kat memana ade tapi kalau kau dah dalam hutan memang takde ah kedai makan. Kalau ade tu dah lain mcm tu aku rasa. Cakap je nak ape sume ade kat msia ni. Nasi lemak nasi ayam nasi lemak berempah roti canai ikan keli daging panggang segala jenis kuih air kelapa fresh suruh monyet amikan peh sedap gila ah weh semua ade takkan aku nak list semua kat sni hahaha memang tak ahhh. Tapi! Sesedap mana makanan kat kedai, sedap lagi makanan drpd air tangan aku. Eh silap pulak, air tangan mak sendiri lah yg sedap. Halal tu dah dijamin ah, bersih jgn cite ah takkan mak nak kasi makan bende yg tak bersih pulak hehe. Pastu mak lak buat dgn penuh kasih sayang en, memang umph!

Jadi kita yg kat msia ni sepatutnya kena dan patut  (!!!) bersyukur, sbb kalau nak dibandingkan dgn org somalia ke rohingya atau pun org yg tak cukup duit tu ha smpai kena catu makanan kan. Separuh org tu agaknya dah lupa daratan sampai makanan local pon tak pandang, kononnya tak main ah makan sambal ikan bilis bersama petai (nyum nyum) ape kampung sangat ke makan makanan kampung? Tak standard ah kononnya? Ceh! Eh tetibe nak emosi lak hari ni hehehe maaf maaf.                        

Okaylah rasanya setakat ni je entri kalini. Tunggu next post hokkkayyy! Jangan lupa carrot sgt baik utk mata hahahaha bye 

Monday, 26 October 2015

abah

Hai

Kalau post sebelum ni aku dh cerita pasal emak, tetiba rasa macam tak lengkap pulak tak cerita pasal abah .. kalau dalam filem nak bagi menarik cerita mesti kena ada hero dan heroin kan kan? so hari ni rasa macam rajin sangat nak cerita pasal hero aku dunia akhirat .. 

Abah? Abah adalah seorang ayah yang tegas dalam mendidik anak2 masa kecik.. yeaa! aku ulang balik "TEGAS" ..  ni aku nak tanya, dulu korang masa kecik2 penah kena rotan tak? jangan tipu lah kalau korang tak pernah kena rotan sebabnya dulu aku selalu mintak abah rotan aku hahaha sampaikan satu tahap abah dah tak larat nak rotan aku *ok tipu jew* sudah semestinya abah tegas pada tempat, sama macam ayah2 korang jugak lah kan .. eh abah aku ni juga seorang yang penyayang dan sangat ambil berat pasal anak2nya, senang cerita abah ni pakej semua lengkap lah bak kata Nora Danish "Nora bagi 5 bintang" hahaha 

Sebelum aku merepek lebih jauh, ni nak bagi tahu abah aku dulu pernah jadi seorang pendidik atau nama lainnya Ustaz sekolah agama, tapi kini abah menjadi imam di Masjid Jenderam Hilir dan Juru Nikah .. haa korang yang mana nak kawin tuh boleh lah jumpa bapak aku hahah mana2 lecturer yang rasa nak beristeri dua atau tiga boleh jew terus jumpa Ustaz Adnan untuk sign borang *ok gurau jew* 


ada macam rupa aku x? 

ok tuh aku belanja gambar abah aku masa dulu2, hensem kan? baik angguk kepala tuh !! korang jangan risau lah korang ni orang yang ke bape tah angguk kepala setuju dengan ape yang aku cakap hahahah ni aku tak tipu, betul tak tipuu !!!! :D ok lah idea aku nak menulis pun makin berkurang jumpe next post pulak yew, Assalamualaikum *xjawab dosa* 

Tuesday, 20 October 2015

sesal

hai


Satu je perkataan yang aku boleh simpulkan selepas buat lab test tadi adalah menyesal hahaha. Nak kata soalan tu susah, takdelah sangat cuma aku menyesal sebab tak study elok2, nota pun nak tak nak je aku buat. Bila dalam kelas takyah cakap lah. aku rase aku lagi banyak berangan daripada fokus apa yang di ajar. Tapi semua tu dah berlalu kan. Ape yang perlu dibuat hanyalah pasrah, berserah dah redha sahaja. Kalau nak menangis air mata darah sekalipun ianya takkan dapat mengubah result kau tu. Nak mengharapkan belas ikhsan daripada lecture, mati hidup balik pun takkan dapat lah. Kalau dapat tu alamatnya dah kiamat lah. hahaha. 


Jadi apa pengajaran yang aku dapat hari ni ialah fokus dalam kelas. Walau lect kau tu teruk macam mane sekalipun yang penting ape yang disampaikan tu adalah ilmu yang mungkin kau rase tak berguna pada saat itu tapi percayalah satu hari nanti ilmu tu akan berguna. Pada masa tulah kau akan menyesal dan mungkin akan menangis seperti budak kecil. Harap sama-sama kita ambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.

Monday, 19 October 2015

beban

hai


1996-2015. Sudah sembilan belas tahun aku hidup kat dunia ni. Aku mengaku aku ade beban yg perlu aku pikul. Beban sebagai seorang anak. Beban sebagai seorang pelajar. Dan banyak lagilah beban- beban aku yang lain. tapi yang itu korg takyah tahu.

Aku mulakan beban sebagai seorang pelajar. Memang tak dinafikan ramai yang cakap zaman belajar lagi seronok daripada zaman bekerja. Aku pun pernah kerja sambilan so aku tahulah sbb kerja yang aku buat tu pun dah cukup menderita untuk aku.

Ok. Beban yang perlu ditanggung oleh seorang pelajar adalah bebanan dari segi yuran pengajian di peringkat universiti lah ceritanya ni. Semua pelajar mesti akan rasa terbeban dengan yuran pengajian melainkan family korg kaya gila nak mampos. Bagi yang dapat biasiswa tu, Alhamdulillah lah. Tapi yang tak dapat tu terpaksalah buat pinjaman PTPTN. Mula-mula dapat duit tu rase macam jadi orang kaya tapi jangan lupa nanti kena bayar balik dah nama pun pinjaman kan. Mase tulah baru korg tahu erti hidup yang sebenar. Kena cari kerjalah, buat bisnes onlinelah yang penting ade income nak bayar balik duit tu takkan masih nak mengharapkan duit daripada parents. Tambah lagi satu beban korg nak selesaikan hutang tu.

Hmm tu baru beban dari segi yuran. Ade lagi beban dari segi assignments. Yang itu kau kena ambil berat sebab selagi namanya pelajar jangan mimpilah kau dapat rehat dengan tenang. Mungkin boleh diibaratkan seperti air sungai yang terus mengalir walau kau buat benteng sekalipun ianya akan tetap melimpah itulah dia assignments apabila sekali kau tangguh ia akan terus bertambah dan mase tulah kau akan menyesal sebab tak gunakan masa dengan baik.

Cukuplah beban sebagai seorang pelajar. Ade mase nanti aku update beban sebagai seorang anak plak. Bye. 

Saturday, 17 October 2015

keindahan

Hai


KEINDAHAN!!! Hanya 9 huruf tapi mampu menenangkan hati yang sedang bercelaru, mampu merehatkan otak yang sedang buntu, mampu menyegarkan badan yang sedang lesu. Itulah tanda kekuasaan Maha Pencipta yang telah menciptakan alam ini untuk kita diami dan nikmati. Tetapi bersyukurkah kita dengan nikmat dan pemberian-Nya?? Tepuk dada tanya iman.



Lihatlah alam ciptaan Ilahi. Betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai manusia di muka bumi ini. Tetapi kenapa, mengapa dan sebab apa kita masih bongkak sedangkan kita hanya manusia biasa yang tiada apa-apa kuasa pun. Baru dilantik menjadi menteri, kita sudah lupa. Baru diberi jawatan tertinggi, kita sudah alpa. Huh itulah namanya manusia.



Sungguh indah ciptaan ini. Pelbagai bentuk dan rupa, pelbagai warna dan gaya. Namun adakah kita menjaganya? Laut yang indah, kini dipenuhi sampah. Hutan yang menjadi tempat perlindungan binatang, kini sudah kering kontang. Udara yang nyaman dan segar, kini telah tercemar. Dimana tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini?? Ayuh!! Bangkit dari tidurmu yang lena, takkan kita hanya berdiam saja??














Monday, 12 October 2015

emak !!

Hai

Tetiba hari ni rase nak update pasal emak .. hmm emak? ye emak aku lahh .. takkan emak korang pulak hahah .. emak, di mata orang lain mungkin dia tak special mana pon, tapi di mata aku dia lah yang paling special .. dari aku dalam perut sampai dah 19 tahun dia lah yang jaga dan didik aku ..

ekhh, asal emak ade 4 nie? teperanjat boboi hahah

Emak! apa yang special nya tentang emak ni? hmm korang rase? hahah aku tanya korang ni memang confrm2 lah taktau .. takpe ni aku bagitahu specialnya emak aku ni dia pandai masak .. dia punya masak perhh memang terbaik lahh .. betul lah ape yang orang cakap air tangan ibu mempunyai rahsia yang tersendiri, tak percaya? meh datang rumah aku hahahaha.

Lagi specialnya tentang emak aku ni, dia pandai menjahit .. Ya Allah, beruntung sangat ade emak yang pandai jahit ni .. kenapa aku cakap untung? ye lah bila time raya kiteorang tak perlu keluarkan duit nak beli baju cuma keluarkan duit untuk beli kain dan bagi design dekat emak nanti emak akan jahit yang paling penting wehh bulan puasa tu tak payah nak bersesak2 dekat shopping complex atau pown Masjid Jamek semata mata nak cari baju, ape korang ingat aku suka bersesak sesak ni? Hmm memang taklaa hahaha.

ni design utk Raya Aidilfitri yg lepas.. cantikkan?

Haa kalau korang nak tau kan kan emak aku ni juga buat tempahan online jubah palestin .. macam2 design jubah palestin dia boleh buat, ohh ye lupe pulak, emak aku bukan setakat boleh buat jubah palestin je tapi die buat semua design baju .. korang just cakap nak macam mana nanti dia akan buat tapi kena ade upah lah mane boleh free je.. emak aku ni bakatnya boleh dikatakan sama macam Rizman Ruzaini atau pon Ezuwan Ismail lahh, korang kenal x sape tuhh? ekhh aku pon tak kenal sebenarnya! aku main google je bahahah .. ni iollss belanja gambar untuk uollss.

baju aku masa Raya AidilAdha tahun lepas


tempahan yang di terima 

ape lagi follow lah! hihihi

korang yang rase teringin nak ade Jubah Palestin jugak, boleh lah follow Instagram @dhiabeautycollection kat situ ade no whatsapp .. dont worry morry harga sangat2 berpatutan ;) opss! terpromot pulak hahaha ok lah bye! 





Saturday, 10 October 2015

10.10

Hai


               Hari ni 10 haribulan 10 tahun 2015 yang mana semua orang tiba2 jadi semangat nak bersukan. Daripada yang tak pernah bersukan cuba2 utk bersukan, yang tak pernah berbasikal cuba2 utk berbasikal, yang tak pernah lari sejauh 42 km cuba2 utk lari sejauh 42 km. Tapi sebab apa?? Mungkin semuanya nak sahut seruan kerajaan kot. Yelah hari ni kan hari sukan negara so semuanya kenalah tunjuk rasa cinta kepada negara hahaha harap2 semangat dorg ni berterusanlah ke hari esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan selamanyalah. Barulah bilangan obesiti di Malaysia ni dapat dikurangkan. Kan kan?

10.10 kena sangat dengan tema yang aku dapat an? elok lah tuh hahah

             Tetapi yang sayunya semua org duk semangat pergi ke dataran merdeka, pergi ke Putrajaya. Upload gambar di instagram dengan caption "sedia menyahut seruan kerajaan" dan akuuu hmmm terperap di rumah menyiapkan assignment yang masih lagi bersisa dan takkan ade kesudahannya. Tapi takpe lagipun petang ni aku ade training hoki so kira bersukan lah tuh. Ok lah uollss iollss nak sambung buat assingment. Bye. "Majulah Sukan Untuk Negara"


Monday, 5 October 2015

fav team..

Hai.

#salam3-0

              Nak kata aku ni gila bola hmm takdelah sampai mcm tu sekali. Tapi aku suke lah tengok perlawanan bola sepak lagi2 bila team favourite aku yang lawan (manchester united). Bukan tak sokong liga Malaysia, cuma korg kena faham lah mcm mane dorg main. Bayar gaji mahal2 tapi satu ape pun tak dapat. Makin jatuh ranking adalah. Haish.. ok lupekan liga Malaysia.

              Semalam aku dikejutkan dengan berita kekalahan team man utd. Sadis gila weh. Bukannye satu dua, kena tiga beb. Punyalah semangat nak tgok, sampai sampai dah kena dua. Pehh rase buang mase jgaklah pergi tengok time tu baik tido je kan. Lepas tu kena bahan dgn roommate plak lagilah sakit hati stress pun ade jgak hahaha over gila. Nak buat mcm mane, dulu, kini dan selamanya tetap man utd #ggmu. Ok tu je hahaha

              Sebenarnya aku cuma nak cakap walau tinggi mana pun kedudukan atau darjat kita. Kita kena ingat tak selamanya kita akan berada di atas sebab hidup ini umpama roda, So, lebih baik kita jadi yang biase biase je ok. *takde kaitan pun dgn tajuk sekadar nasihat :)*


Thursday, 1 October 2015

mentor

Hai.. 

Hari ni aku nak cerita sikit pasal mentor. Mesti korg fikir mentor yang dekat tv tu kan. Memang taklaaa. Buang masa je nak cerita pasal bende tu. So bende yang aku nak cerita ni ialah program mentor mentee. Tipulah kalau korg tak tahu program tu.

Ok, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah hinggalah ke universiti, program mentor mentee ni tak pernah leyap dari hidup aku. Nasib baik masa tadika takde. Kadang-kadang aku terfikir jgak ape function bende ni. Lagi2 masa sekolah rendah. Yela time tu pergi sekolah balik sekolah, pergi sekolah balik sekolah itu jelah rutin setiap hari. Nak pergi jumpa cikgu pun malas inikan plak nak pergi jumpa mentor kan. Silap2 mentor pun tak kenal. Bila masuk sekolah menengah, program tu wujud lagi haish bukannye nak menyampah atau benci tapi masa tu mmg tak nampak ape faedah dia. Bila ade arahan suruh jumpa mentor, time tu jela aku jumpa, bila takde arahan, takdelaa aku nak jumpa. Bak kata orang bagai lembu dicucuk hidung. Tak kesahlaa, ni hidup aku so sukehati akulaa kan. Bila masuk universiti, program ni pun ade lagi. Tapi aku taknak dah merungut. Aku nak cuba positifkan minda aku yang program ni banyak faedah dia. Salah satunya boleh mengadu masalah kepada mentor khususnya dalam bidang akademik. *pehh skema*. Mentor aku plak macam sempoi je, ajar akaun plak tu hmm lagilah kena rapat mana lah tahu dapat markah lebih kan hahaha harap2 begitulah hendaknya ok bye!!