Hi assalamualaikum semua. Memandangkan nama aku bermula dari huruf A & Z, maka tajuk aku pun mestilah bermula dari dua huruf tu. Setelah seminggu aku berfikir, aku rasa tajuk yg aku pilih tu sangat sesuai untuk kita yang sedang berada di akhir zaman ini. Aku nak cite sikit je mengenai ciri-ciri atau tanda-tanda akhir zaman.
Seperti yg kita sedia maklum pembaca sekalian, kebanyakan tanda tanda akhir zaman atau kiamat dah banyak keluar yg kesemuanya telah dinyatakan di dalam kalam suci Al-Quran dan hadith2 sahih.Tanda-tanda akhir zaman ada yg kecil dan yg besar, dan kebanyakan yg dah terjadi ialah tanda yg kecil antaranya ialah ramai ulama' ataupun orang soleh meninggal dunia (ilmu telah diangkat dengan perginya seseorang ulama') Di malaysia pun dah ada kan dan korang pun dah sedia maklum. Tanda yg lainnya termasuklah gempa bumi, tejadinya huru hara dan banyak berlaku pergaduhan serta pembunuhan. Seterusnya, ramai orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan dan kesengsaraan.
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui kubur dan berkata : 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan banyak lagi tanda-tanda kecil dan semua telah sedar tapi biasalah manusia kan mudah lupa dan alpa. Sekarang aku nak share pulak tanda-tanda besar iaitu dajjal mula berkuasa dan untuk mengelak daripada fitnah dajjal ni, kita kena amalkan membaca surah al kahfi (10 pertama atau terakhir) dan lebih baik kita menghafal surah tersebut. Kemudian akan turunnya Nabi Isa untuk memerangi dajjal. Kalau korang nak tahu lebih detail mengenai peringkat2 tanda2 kiamat besar, korang boleh beli buku tesebut di kedai buku yg berhampiran hehe. Seterusnya keluar yakjuj dan makjuj. Matahari juga akan terbit dari barat dan pintu taubat akan tertutup ketika itu.
Akhir sekali, marilah kawan2 kita kumpul pahala dan perbanyakkan mengingati Allah. Kurangkanlah benda2 yg boleh buat kita lalai. Apa guna kawan kalau tak boleh tegur menegur dan saling ingat mengingatkan. Sebelum terlupa, marilah sedekahkan alfatihah buat almarhum tunku abdul jalil