Monday, 30 November 2015

Kucing


     Hai meow sekalian. Comel kan panggil meow hahaha tapi korg yg baca ni tak comellah. Yg update blog ni je yg paling comel. Heheheh.

     Semua tahu tak yg aku ni penggemar haiwan2? Ni aku nak bgtau ni. Aku suka sgt haiwan lagi2 haiwan yg cecomel ni kan hahhaha. Tapi yg paling sayang ofkos laa kucing. Kucing kan haiwan kesukaan Nabi Muhammad saw. Aku kan kesian tau kat kucing2 yg terbiar tu semua. Kat rumah aku mestilah ade bela. 2 ekor jelah tapi kalau nak ikutkan, boleh cecah puluh2 malah beratus. Sebab ape? Sebab kucing aku betina tau, so dia beranak banyak kali pastu anak2 dia banyak pastu......takpelah takyah tahulah kisahnya, boleh leleh beb.

     Kekadang ade kucing2 dtg kat belakang rumah kan, tak sampai hati tgok dorg mengiau, dahlah comel pastu buat muka mintak disayangi hmm aku yg dalam hati ade taman ni pun  bagilah makanan kat dorg. Walaupun tak bela dorg, tak bermakna kita takleh bagi makanan kat dorg kan? Cuba bayangkan org2 yg merempat tepi2 jalan tu, kesian kan? mcm tulah kucing & haiwan2 lain. Tak bermaksud dorg binatang, dorg tak perlukan belas kasihan drpd manusia. Ada org yg baik hati, bawak siap2 makanan kucing ke mana je dorg pergi, and then bila jumpa kucing terbiar, bagilah makanan tu, dorg pun nak merasa makanan kucing yg sebenar. Nak cite byk lagi ni tapi takpelah, kang takde org baca pulak huhuhu.

     Sayangilah kucing dan haiwan2 lain. Spread the loves! Byeee

Pantai Klebang


     Hai! jom beramai ramai pergi Melaka! Kata nak view cantik bila amik gambar kan!?!?!? Pantai Klebang adalah antara salah satu daya tarikan kat Melaka ni tau! Mesti korg dah tahu sebab ape kan kan. Sape yg nak acah2 ade kat gurun tu bolehla pergi klebang ni. Kalau nak tahu cane cara yg terbaik nak posing, boleh jumpa aku. Tak pon korg boleh visit my ig dan tgok betapa style-nye aku bergambar kat padang pasir tu hahahaha.

     Lagi satu, kalau korg nak photoshoot ke ape ke takyah susah2 tak tido malam fikir kat mana tempat yg lawa. Aku suggestkan pergi klebang jelah hahaha. Dekat pun dekat jee. Kalau ada assignment yg melibatkan kena buat video ke apa, kat klebang ni jelah senang. Nak menggambarkan hari kiamat pun bisa kok. Kalau teringin nak naik kuda pun ade je kat sini. Kuda padi plak tu! Cute sangat eii hahahah. Kalau nak lepak2 pun best jgak, dapat pulak coconut shake pehh mmg layan habis. Tgok plak sunset kan uish mmg syahdu lah hahha.

     Jadi kesimpulannya di sini, tak rugi pun datang klebang ni. Jomlah aku bawak korang! Hahahah

Monday, 23 November 2015

Tadom


Hai. Nampak tak tajuk atas tuuu. Haaa ape bende tadom tu? Mungkin Tajudin Dolah bin Mat? Hmm tak mungkin tak mungkin. Tadom Hill Resorts nama panjangnya. Mesti korg pernah pergi kan? Aku takde rezeki lagi nak pergi, busy je manjang.

     Kalau aku buka ig tak sah la membe2 kalau tak post gambar dorg tu kat sana. Meleleh air mata tgok beb! Tempat tu lawa sangat! So fascinating! Banyak tau aktiviti yg boleh buat kat sana. Aktiviti lasak la. First time aku tgok gambar en aku ingatkan kat overseas tau sekali kat Banting je! Dekat je kot kalau nak pergi pun. Rugilaa kalau tak pergi. Selagi ada masa ni baik kita manfaatkan betul2kan? Pergi dgn family, kawan2 or awek is the best. Takkan nak g sorg2 kan sedihnyaa.

     Btw tempat ni agak baru jugakla. Harga pun murah guys. Yg aku tahu weekdays RM18 & weekend RM20. Ataupun lebih dari 10 org RM17. Not sure lah tapi yg penting murahlah hahha. Nak picnic kat situ pun syok jgak guys.

     Tapi sumpahlah best tempat ni. Dekat pun dekat. Murah pun murah. Cuma takde kesempatan lagi kan? Takpe one day InshaAllah. Kbye.

Tikam


Salam everybody. Hmm sorry la lambat update mesti korg tertunggu2 kan post aku yg best ni hahaha. Tema utk minggu ni ade 2 so aku dilema ah nak pilih yg mana satu sbb tula lambat update nii hmm. Jadi setelah difikir2 kan, aku dah dapat jawapan n aku pilih tikam.

     Ape dia tikam ni? Takkan tak tahu kot. Takyah hidupla kalau camtu. Aku pilih tikam ni sbb kalau pilih emosi nanti aku tulis dengan penuh beremosi susah nanti hahaha. Lately ni byk dengar kes anak bunuh mak kan? Haih akhir zaman.. Tikam mak, kelar mak semua tu macam perkara biase je sbbnye nak duit je. Dia tak tahu ke syurga tu kan terletak di bawah kaki ibu. Ni macam nak emo ni bab2 mak ni. Korg boleh fikir sendiri kan dah besar kan? Aku taknak ulas lelebih nanti kang banjir plak blog aku.

     Tikam yg tak gune pisau pun ada beb. Kalau aku tak gtau pon korg boleh dpt agak enn hahaha. Tikam belakang fuhh sakit kot! tapi takdelah sampai mati cuma sakit tu perit sgt la. Alaa macam laa korg tak pernah kena tikam belakang kan hahaha. Aku pun pernah kena cuma takleh share kat sini la.

     Hmm aku rasa takat ni jelah. Idea aku dah kering sgt ni. Penat perah otak buat assignment. Kbai

Monday, 16 November 2015

Rabun

Hai gais selamat kembali menjalani rutin harian tanpa rasa jemu hahaha. Senanye aku lmbt update ni bukannya apa, aku cuma...cuma.......... tak jumpa laptop aku hmm sebab aku kan telah disahkan rabun oleh pakar mata haritu :'(

   Entri ni aku nak share pasal kisah cediwh aku, tak lain tak bukan iaitu rabun. U guys nak tahu ke kisah aku ni? Hm kalau taknak takpe (bertambah sedihla kisah aku kalau takde orang nak baca huhuhu) Aku nak start ni cite ni, first aku dapat tahu aku rabun time class makro haritu. Oh ya btw aku takdela terkejut sgt dgn berita kerabunan aku ni sbb family aku mmg berspec punnn. Time tu aku tahu aku rabun sbb tetibe aku tak nampak tau ape yg lect tulis kat depan, aku igtkan aku sakit ape tetibe tak nampak, nak tercabut jugakla barisan gigi aku yg lawa ni sbb takut sangat. Gelabah gila ah aku time tu tetibe tak nampak, nak kata sbb jerebu tak jugak sbb time tu jerebu takde lagi. Tapi mungkin jugakla jerebu sbb i tak nampak lagi wanita yg dicari selama ini hahahaha jk

   Pastu skg ni spec aku dah siap dah pun hahaha so aku pakai time blaja jelah sbb yelah mana boleh pakai stiap masa beb jatuh saham guwa bebbbb hahhaha mana mungkin seorang amad boleh berkaca mata ketika menaiki motornya hahahahaha. Tapi kan aku ade satu impian tau hhehheeh, aku rasa nak pakai lens do wehhhh pakai lak yg warna biru pehhh mcm zac efron rasanya awwhhh hahahahhaahaha pastu en satu ukm kotttttt kenal aku jejaka bermata biru peh mantops. Korg rasa cane? Bagus en idea aku hhahha ala tapi nnt mesti ade manusia yg dengki niiii sbb jeles ah tu

  Sooooooooooo, aku agak menyesal sbb aku taknak makan carrot padahal haritu aku seybok dok suruh org makan carrot sbb baik utk mata, sekaliiii amekkau aku yg kena balik hmph ok la babai xoxo

Friday, 13 November 2015

Cuti

Hai everyone. Mcmne cuti midsem korang? Takyah la gi memane skg musim hujan kan, nnti korang terhanyut pulak dlm banjir. Kalau terhanyut dlm hati aku takpe gak kahkah. Okay aku nak share skit pasal cuti since tajuk yg aku dpt ni ialah cuti.

    Ceteka aku nak cite pasal cuti ape? Hahaha takyah nak teka sgtlah kan. Aku nak cite pasai cuti aku time lepas matrik haritu. Ingat aku mereput jeke kat rumah? Cmon la aku nak gak prektis cari duit sndri & cari pengalaman time memuda ceni. Bfore aku start keje, aku ade fmly day kat pd. Best la mcm2 actvty ktorg buat pastu gather ramai2 kan best laaa. Pastu aku keje kat sports direct. Best gila kot wehhhhhhh hahahhhaha aku rasa kelakar lak sbb cakap best em emmm sbb....... hahahhaha takyah tahulah ni rahsia kakakkakah. Kk sambung balik.

     Pekerja kat situ kan weh semua filipina kcuali aku n kawan aku sorg lagi. Hmm sedih. Pastu dorg tu tak reti cakap melayu mcm aku tau so kalau aku nak cakap ngn dorg, aku kena speaking. Ape? Mestilah aku terer speaking beb, band 6 kot muet hahhaha (tolong jangan percaya). Kat situ aku jadi cashier tau. Senang cite sbb aku hensem (lah sangat) so aku kena jadi cashier sbb nak tarik customers beli barang2 pastu mestilah dorg nak bayar kat aku kan hahahha nyampahnya eii.

    Ha tu jelah, nak cite pe lagi kang bulan depan baru hbis kalau aku cite. Pastu puasa pastu raya pastu aku benti keje pastu hnta kawan aku (special friend) (if u know what i mean) (what do u mean) die fly hahaha pastu bye jumpa next post.

Monday, 9 November 2015

Nafsu


Assalamualaikum readers! First sekali nak cakap tak sangka pulak rupanya ramai yg jadi silent readers blog aku sama ada lelaki mahupun perempuan HAHAHA.

Okay ni nak masuk part serious dah. Kalini aku nak cerita sikit pasal nafsu in general. Nafsu? Apa yg dikatakan dgn nafsu? Mcm yg kita tahu, manusia dan haiwan kat planet bumi ni diciptakan Allah dgn nafsu (tidak seorang pun terkecuali). Jadi, siapa je yg tak bernafsu? Ya betul! Terima kasih kepada yg menjawab. Jawapannya malaikat yang taat segala perintah Allah lah yg tak bernafsu. Kita ni? Sbb ada byk nafsu mcm nafsu makan la nafsu itu la nafsu ini laa (kalau nak cerita semua nafsu kita mmg banyak lah) kita jadi lagha. Betul kann?!?!?

Seterusnya, mesti korang pernah dengar kan benda ni, jihad melawan nafsu tu lagi besar drpd jihad berperang di jalan Allah. Pada zaman Rasulullah, ketika balik dari satu peperangan yg dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud :  Kita baru kembali dari satu peperangan yg kecil untuk memasuki peperangan yg lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "peperangan melawan hawa nafsu"
(Riwayat Al Baihaqi)    
payah kan nak melawan hawa nafsu? membuak-buak je rasa lagi2 time bulan puasa. Sebab tu lah jihad melawan nafsu ni lagi besar drpd jihad di medan perang.

Okaylah taknak type banyak, dah malam. Aku nak tido. Org kata tido awal rahsia awet muda. Taknak try? Yg dok ber-otp, ber-ws dan ber-skype tu dah dah la tu esok sambungla, tak lari gunung dikejar. Oh sebelum aku terlupa, happy deepavali kpd mereka yg menyambut! hahaha

Saturday, 7 November 2015

UKM


Goodmorning guys! Harini  I rasa nak update blog pepagi mcmni bcs I feel so fresh gitu hehehe. Okay ce teka utk tajuk bebas mggu ni aku nak cite pasal ape? Hm mestilah taktau, kalau tahu pon igt aku nak dengar la korg punya jawapan sbb mnede org nak baca blog aku ni (slalu syok sndiri) hahahha cedih.

So aku nak share skit pasal uni aku ni.  Alhamdulillah lepas matrik aku berjaya masuk ke salah satu uni yg terhebat di abad ini hehehe ofcozez la UKM beb sape taktahu sila masuk gua sekarang! Huh nak emo lagi. – Aku baru 2 bulan kat sini. Tapi rasa mcm dah bertahun sgttt. Dahla dekat gila dgn rumah, dah jadi tmpt aku lalu lalang dekat sini tuptup dpt masuk sini jadi aku bersyukur sgt, takdela jauh sgt dgn family, maklumlah aku kan anak last (manja sgt mana boleh dduk jauh2! Kalau korg nak tahu ni aku nak bgtau skit rahsia aku time kat matrik kelantan dulu, almost every night aku nangis sbb homesick huhuhu hatiku selembut kapas so handle it with care okay?)

Mak aku org paling happy sgt bila tahu aku dpt ukm J Aku pon happy jugak sbb class aku dr isnin smpai rabu je. Lepastu zuppp aku terus lari balik rumah yg hanya 20 min je dr ukm haa dekat kannn hahaha. Pastuuuu paling penting, aku takyah susah2 nak basuh baju kat kolej, aku basuh kat rumah je uolsss hahahahahahahahhaha :’) Aku bukannya pemalas, tapi……. Malas jugakla kan sbb apa guna rumah dekat kannn hekhek just kidding

Oh ye lupa pulak nak bgtau, mesti korg tertanya2 kan aku amik course ape hehhehe. Takpela takyah tahu nnt terkejut pulak hahhaha. Kolej aku dgn fakulti agak jauh, jadi aku selalu jugakla naik bas hmm wlaupun orang kata nerd kalau student laki naik bas tapi aku kesah ape betul tak? Sbb aku sedar aku takdela hnsem mana so aku buat taktau jela naik bas pastu turun bas masuk class ha bukannya org kenal pon  lainlah kalau aku hnsem and sado mcm zul ariffin hmm sedih. Tapi aku tipu je hahhaha aku naik moto ahhhh cmon la cepat dan pantas 3 min dah smpai wlaupun aku cuma bawak moto ego so jgn pndg seblah mata je okayyy.  Klau terlajak tdo, terus start moto pegi class pon takdehal hahahhaha. Yela takkan aku nak jalan kaki pulak kan, kang baru 3 bulan kat sni aku dah jadi skeleton pulak, kalau comel takpe gak. Lagi satu ukm ni besar jd aku sarankan kpd sesape yg masuk sini, belilah moto huhuhu takdelah g memana jalan kaki kann, tggu bas kalau 5 min takpe, ni kalau sejam………. Kalau kau sesaje jalan kaki nak teroka ukm ni kan, aku rasa sebulan dua hari baru kau smpai balik kolej kau kot hahaha.

Okaylah penat pulak aku bebel dlm bentuk tulisan ni, jumpa mggu depan! Babai! Jgn stress2 baca entri ni tau sbb aku rasa fun sgt hahahhaha kbai

Sunday, 1 November 2015

SPM

#throwbacksikit

Hello guys! Tanpa membuang masa jom kite throwback sikit kisah 2 tahun lalu. Oh btw, SPM 2015 esok guys! Its like omg kejapya masa berlalu lah sudah ramadhan sebulan berpuasa eh ternyanyi pulak

Hmm aku mcm tak caye pulak dah 2 tahun tinggalkan zaman skolah. Tak caye tak caye pon nilah hakikatnya hahaha. Tak sangka dah besar. Lagi sebulan dua nak masuk 20 dah. Tak merasa dahla mcm budak budak  belasan tahun huhu. Tak sabar, tapiiii makin bertambah umur, maknanya makin bertambahlah ujian dan cabaran betul tak? Tapikan kenapa aku rasa aku tak matured lagi eh? Dahla suka cari pasal dgn orang, pastu asik nak menang je hmm smpai bila aku nak mcmni? Hhahha. Aku teringin tau nak jadi matang (ngis tepi penjuru katil) Sebab kalau tak matured cane nak kawin! Calon dah ade kot!!!!! Hahahaha. Takpe2 sabar sabarrrrrrr tapiii orang kata kawin tu boleh buat kita otometik jadi matured. Betul ke? Aku taktau sbb tu aku tanya, kalau aku dah berpengalaman takdelah aku tanya soalan camtu hahaha. Tapi takpelah sebab kalau kita banyak bersabar, beautiful things await.

Rindu skolah? Elele tipulah kalau kau tak rindu , lagi2 rindu part buat nakal dulu, time zaman jahiliyah tu lagilah hahhaaha (gaya cakap mcm skg baik je HAHAHAAHA). Hmm time spm.....meaning to say, kau rasa mcm tak sabar nak lepaskan azab seksa tu semua tak sabar nak habis skolah, nak bebas katanya. Nak masuk uni cepat2, nak merasa study kat uni pastu masuk library pastu terlanggar jodoh-tak-jadi blabla tapi dalam masa yg sama kau taknak tinggalkan kawan kawan kau, moment2 indah kau haha banyak lagilah. Last day nnt kau tahulah cane, aku tak berani la nak cakap sbb stiap org lain2 kan, myb ade je yg memang tak sabar nak hbis skolah, myb ade jugak yg memang nak skolah.

Satu je aku nak pesan, blaja la rajin2, jgn myesal pulak nanti (try to share experience). Kau kena tahu spm ni  ialah satu jalan utk kau berjaya sambung blaja dlm bidang yg kau minat. Kalau kau tak jumpa jalan ni, jadinya kau tak dapat la apa yg kau minat. Satu lg cabaran ialah time kau dah berjaya masuk mana2 tempat belajar, kat situ kau kena pandai bahagi masa kau, senang cite kau kena independent la. Ikutkan byk lagi aku nak share tapi myb next time?

Anyway, goodluck to all spm candidates '15. All the best!